Our Story

Kami, Liancy dan Annie adalah adik-beradik yang berasal dari kampung nelayan, di Bandar Marang, Terengganu.

Arwah ibu kami, yang dikenali sebagai Mek Boh Ching di kalangan orang kampung, membesarkan kami 5 adik-beradik dengan membuka kedai runcit secara kecil-kecilan pada siang hari, dan mengutip kotak kosong untuk dijual semula pada sebelah malam, pada akhir tahun 80-an.

Pada sekitar tahun 1990, kehidupan kami berubah dan bertambah baik apabila ibu mula menjual kain batik, dan menjahitkannya menjadi pakaian seperti seluar, singlet, skirt dll kepada pelancong-pelancong yang datang melawat Cowboy Town(Bandar Marang) dan Pulau Kapas. Tidak dapat dinafikan, batik membawa banyak memori kepada seisi keluarga kami.

Pada bulan Jun 2020, apabila kami balik ke kampung, kita mendapati kain batik yang dijual di mana-mana tempat tarikan pelancongan, kebanyakannya ialah batik cetak bermotifkan batik Terengganu, dichopkan batik asli Terengganu, tetapi sebenarnya bukan keluaran Terengganu. Sebaliknya, batik asli Terengganu diletakkan di bahagian paling bawah rak jualan.

Kami berasa terperanjat, dan serba sedih melihat batik Terengganu ditenggelami zaman ‘fast fashion’ akibat pembangunan pesat industry pembuatan/kilang dari luar negara. Justeru itu, kami bertekad mencari batik Terengganu yang betul-betul pior untuk masyarakat yang masih menghargai kesenian kraftangan tradisional ini.